pertama kali aku travel sorang-sorang. maksud aku luar dari malaysia lah. kalau dalam malaysia aku dah selalu sangat travel sorang-sorang. mungkin ramai cakap aku gila. tapi korang tak pernah try so korang tak tahu mcm mana best nya travel sorang. 6/2/2012~9/2/2012 aku pergi krabi. aku sebenarnya bukan nak cerita mcm mana bestnya krabi. just nak bagi information mcm mana nak pergi sana sorang-sorang. 6/2/2012 aku sampai di krabi airport. flight ambil masa dalam 1jam 30minit. mungkin lebih awal sikit kalau pilot tu drfit kat langit. sampai airport korang boleh amik shuttle bus. tu yang paling murah.rm15 sahaja berbanding teksi rm90. nanti driver bus akan tanya nak gi hotel mana dan pantai mana. so korang before gi krabi korang survey nama-nama hotel. korang cakap je apa-apa nama hotel kat ao nang beach. sampai ao nang cari lah hotel yg lain.
![]() |
| haha.gaya macam bilik nak pergi honeymoon.ok pic ni aku curi je.saja nak tunjuk kat korang yang hotel ni ok. |
haritu aku stay di ao nang sunset. cantik hotel ni. tapi aku duduk bilik paling murah rm70/night. yelah.aku travel sorang-sorang. nak bilik mahal dan cantik buat apa.
tapi bagi mereka yang datang ke krabi,aku suggest kan korang stay kat hotel ni.
dekat dengan pantai.facility bagus.ada wifi.view cantik.
aku tak pandai nak bercerita macam mana hebatnya hotel ini.
ok.sebenarnya aku malas nak tulis panjang-panjang. aku rasa cukup korang tahu mcm mana nak gerak dari airport ke pantai aonang je.haha lain-lain aku cerita pasal bajet aku kat sana ok. Day 1 - 6/6/2012 -makanan ringan - 60baht -tix bus - 150baht -hotel untuk 3 malam - 2100baht

Day 2 - 7/2/2012 -miscellaneous (termasuk makan,souvenirs dll) - 2100baht -massage - 200baht Day 3 - 8/2/2012 -island tour(aktiviti dari pagi sampai ptg.termasuk pergi ke maya bay.termasuk juga snorkelling dan lunch disediakan) - 1500baht
1) Bamboo Island
2) Maya Bay
*antara 2 pulau yang diorang bawak tour.lain-lain aku tak igt.
Day 4 - 9/2/2012 -tix bus to airport (ni korang boleh minta receptionist hotel korang call kan bus) - 150baht so total aku habis kat sana 6260baht bersama rm626 dan kalau dibundarkan jadi rm650. haha.
bagi pencinta pulau dan pantai.
korang tak akan menyesal datang krabi.
ok itu sahaja. apa-apa korang nak tahu just leave me a message ok! aku akan repeat travel sorang-sorang nanti. tapi di tempat lain la.
♥ footnote : bende paling tak best bila travel sorang-sorang ialah takde sape yang nak snapkan pic kita.last-last balik malaysia ada 4keping je gambar aku.haha






best!!! and interesting!! nice info yunie.rasa mcm nak try travel sorang2 laa pasni!! hehe. btw, hrga tiket flight brape ek?
ReplyDeletedan senang x nak gi krabi ni??
ReplyDeletekalau tak belikan ole-ole untuk aku. tak guna juga.
ReplyDeleteCool gila! Sama lah, I selalu backpacking sorang tapi setakat ni dalam Malaysia jela. Ingatkan I sorang je spesis macam ni :)
ReplyDeletesah gila. ;p
ReplyDeleteni mesti ada mesin masa ni. day 1 6/6/12. haha