aku perasan benda ni dah lama.
terutama di twitter dan di facebook.
kalau ada band datang,
ramai yang mula nak kutuk orang "habis la..lepas ni semua pakat hafal lagu band bla bla bla..dapat tahu 2-3 lagu pun jadi lah"
so?kau ada masalah ke dengan orang macam ni?
salah ke kalau orang tu mencuba untuk minat sesebuah band?
tak salah kan.
dia pun tak ganggu kau pun.
kalau aku,aku lagi support dan semangat nak bercerita dengan orang yang baru nak dengar band yang aku minat.
kira oklah orang yang baru nak dengar pulun nak pergi konsert band yang baru dia minat,
yang dok beriya bercerita minat gila.konon dia paling power knowledge pasal band tu takde pula nak berusaha pergi ke konsert tu kan.
pasal fesyen.terutamanya kasut.
trend skrg memang ramai cari dr martens.
itu pun nak kena kutuk juga ke?
ye kau dah lama pakai dr martens,tapi kau kena ingat dr martens tu wujud sebelum kau lahir lagi.
ada ke orang² tua yang dah lama pakai dr martens kutuk kau "elehh baru nak merasa..pakcik dah lama pakai dr martens"
ada?
tiada kan?
fesyen berubah² okay.
abah aku miliki sebuah vespa dulu,tiada pula dia nak kutuk budak² muda pakai vespa sekarang.
sekarang pun trend vintage tengah naik.tiada pula mak aku nak kutuk budak² sekarang pakai baju vintage,bawa handbag vintage.
jadi,buka la sedikit minda anda tu.
jangan tahu nak kondem orang je.
jangan la nak nampakkan sangat yang kau tu konon nya rare.
tapi sebenarnya kau tiada apa pun.
haih tak kemana pun la.
semua orang sama sahaja.
kau pernah buat dan cuba sesuatu yang baru begitu juga dengan orang yang sedang cuba dan buat sesuatu yang baru sekarang.
ngerti?
No comments:
Post a Comment
♥ thanks for reading ♥