apa aku nak buat?
kat luar hujan lebat gila.
nak pergi ke kereta confirm basah teruk nanti.
Btw hari ni EC dah umumkan yang tarikh mengundi 5th May 2013.
Haih.Mengeluh aku kejap dengar tarikh mengundi.
Mana tidak nya,4 May aku baru balik dari bercuti terus dan nak kena gerak balik kelantan.
Ni kali pertama aku akan mengundi.
So,by hook or by crook aku akan pulang juga ke kampung halaman.
5tahun sekali nak merasa mengundi.
Pasal nak bercuti pula,aku rasa persiapan semua dah setel.
dari segi hotel,supir untuk bawa jalan² tempat yang jauh sikit dari kota bandung dan juga tiket show mocca yang kebetulan jatuh pada tarikh aku berada di sana sudah pun di beli.
Just nak kena tunggu 29April baru boleh kemas beg dan juga tukar duit.
Btw, next holiday aku 1-4May, tapi aku dah fikir mana next destination aku.
hahaha.
tapi lepas bulan 5 aku mungkin tak berjalan sangat.
sebab nak puasa lagi bln 7..kalau jalan² pun dalam malaysia sahaja.
yang aku nak cerita ni trip lepas hari raya.
tapi entahlah.tempat yang aku nak pergi tu memang betul² banyak pakai duit.
mana?
jeju island!
jeju la,roadtrip pergi krabi la..
mana satu kau ni yunie?
kalau ada duit lah!
berangan aje lah.
:'(
sebab aku ada survey juga macam mana nak ke jeju island.
rupanya flight dari kl berhenti di incheon airport,then dari incheon airport aku kena naik teksi pergi gimpo airport.
dari gimpo airport aku kena naik domestic flight ke jeju island.
gila la!
nak beli tix dr kl-incheon airport dah satu hal..nak beli tix dari gimpo airport ke jeju island dah satu hal.
nak beli tix dr kl-incheon airport dah satu hal..nak beli tix dari gimpo airport ke jeju island dah satu hal.
bila sampai di jeju memang sepenuhnya kena naik public transport untuk ke satu² tempat.
kenapa aku macam nak sangat pergi jeju island?
bukan sebab kpop ke,winter sonata ke or whatever korean thingy things la..
sebab² nya adalah macam di bawah ni;
1) Seongsan Ilchulbong Peak
2) Cheonjiyeon Falls
3) Hallasan Mountain
4) Jusangjeolli Cliffs
haa yang last ni memang yang aku nak sangat pergi.
hahaha alang² kalau dapat pergi aku pasti singgah.
bukan gatal, tapi this is a place where love oriented art and eroticism meet.
haaa gitu.
5) Loveland park
arrghhh korea best kan?kan?kan?
kalau pergi korea,aku akan pilih musim autumn.
aku tak suka winter sebab susah nak kencing.
haha
so ada siapa² mahu sponsor aku?
takkan baca blog aku je kot?
kasi sponsor lah!
haha.
oklah mahu pulang sudah.
sampai ketemu lagi!
*hugs*






aku klik link tu cepat2 aku scroll ke bawah takut opismate nampak. ishhh.
ReplyDeletehehehe...soriiii..hahaha aku x sangka aku park sebegini -.-"
Delete