semalam dah tido awal.
tapi still mengantok lagi ni..
disebabkan mengantok tahap letak atas jalan pun aku akan lelap.
aku google cara² elakkan mengantuk.
ni haa yang aku jumpa.
dari blog siapa entah.
aku dah copy,pastu aku tutup window..
dan perasaan malas untuk cari di history,dan dengan tiada perasaan bersalah aku akan paste kat entry ni.
kahkahkah
1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga. (yang ni aku dah try bau perfume...tapi tak ngantok juga)
2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula. (aku dah suruh staff aku urut aku kejap tadi..lagi mengantok ada lah!)
3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. . (Ofis aku dah terlebih terang..tapi tak menghalang mata aku pun untuk mengantok)
4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula. (aku dah siap buat lompat bintang..bila duduk ngantok balik..selagi lagi aku kecewa)
5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur. (aku hanya makan roti pagi tadi..tak rasa lapar pun..biasa²..malah asam atas meja aku ni pun tak membantu)
6. Muzik – Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif. (up-beat macam mana?mungkin salah satu sbb yang buat aku ngantok ialah muzik..budak² opis aku taste lagu diorang najwa latip -.-")
7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat. (tengok muka budak² ofis aku lagi buat aku mengantok..huh)
8. Air – Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda. (dan 3botol air mineral aku minum..masih juga keadaan yang sama)
9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan. (meja aku kalau bersihkan memang akan bersepah balik..aku bukan kerja bank nak meja kemas² ni)
10. Tidur – Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula. (ini mungkin cara yang baik..tp masalahnya..aku mengantok sekarang..SEKARANG!)
okay lepas tulis entry ni.
agak kurang mengantuk sikit.
tapi aku tak tahu la apa jadi lepas aku klik PUBLISH.
mungkin akan mengantuk balik -.-"
No comments:
Post a Comment
♥ thanks for reading ♥