1 May 2013
first day sampai aku tak buat apa,sebabnya aku sampai pun 8.30mlm.
aku stay di Vio Hotel Jln surapati.
Dekat dengan monumen dan museum.
hotel sangat ok.
mungkin sebab hotel tu masih baru.
jauh juga dari kesesakan jalan raya.
kat bandung ni stay je la mana² hotel pun,sebab banyak public transport.
so tak perlu lah korang risau.
kalau sesat pun,pusing² tempat sama juga.
2 May 2013
hari kedua di bandung,aku menggunakan khidmat supir.
sebab aku nak berjalan jauh sikit.
iaitu ke tangkuban perahu.
mula² pening juga fikir nak ke kawah putih atau ke tangkuban perahu.
melihat kepada senarai kedai yang aku nak singgah banyak menuju ke tangkuban perahu.
cantik kan?
dan sejuk sikit kat sini.tapi takde lah sejuk sangat.
tak pakai hoodie pun still boleh tahan
dari tangkuban aku terus ke store² yang aku nak pergi.
first aku ke Loubelle.
sebab aku sudah tempah baju band Mocca kat sini dan nak ambil cd the sigit.
Loubelle ni kalau perempuan yang suka fesyen,boleh la datang sini.
tapi bagi aku takde la murah sangat.
cuma baju² dan shoes kat sini memang up to date.
next stop aku ialah omuniuum store.
kat sini boleh beli cd² dan baju² indonesia.
kaset pun ada.
apa yang menrarik kat sini.
korang boleh lepak² sambil baca buku.
banyak sangat buku² terpakai yang menarik.
jual ke tak itu aku tak tahu.
haha.
*pic credit to this blog
lepas settle beli barang² aku dan yang org kirim,
next destination aku polo ralph lauren.
ni pun pergi sebab cousin aku kirim baju utk anak² dan husband dia.
kalau tak,tak kuasa aku nak jejak polo ni.
bukan taste aku pun.
haha.
lain² aku pun dah tak ingat mana aku pergi.
haha.
sebab banyak sangat kedai aku masuk.
masuk je lebih.
shopping nya tak pun.
entah.takde yang menarik pun aku rasa.
antara yang menarik perhatian,galaxie music store.
banyak kaset,cd dan vinyl kat sini.
tapi disebabkan aku rasa mcm penat melampau,
aku mampu tgk jela.
tak larat nak membelek.
oklah.
itu sahaja untuk hari ni.
nanti aku sambung hari ketiga pulak.
sampai jumpa lagi
:D






No comments:
Post a Comment
♥ thanks for reading ♥