Friday, 17 May 2013

Early birthday gift.

semangat nak tulis blog pakai handphone.
Haha.takdelah,aku taip ni pun sebab aku sedang tunggu yaser di MCPA..

Sebenarnya aku nak cerita pasal birthday gift yang aku dapat awal 2minggu 🎂🎉🎊
First of all aku nak ucapkan terima kasih pada officemate aku sebab gigih nak bagi aku hadiah.
Mereka hadiahkan aku samsung smart camera model WB150F.


Cool tak?
Haha.memang la tidak sehebat samsung galaxy camera.
Dan ini pun bukan model yang latest.
Coz model samsung smart camera untuk jenis mcm ni WB250F.
Tapi buat apa aku nak merungut kan.
Dah orang kasi,aku terima aje.
Nak bagi aku lolipop pun aku terima.

Apa yang best sangat pasal camera ni?
Benda pertama yang best camera ni boleh connect dengan wifi.
Dan gambar yang kau rasa best dan nak terus upload kat fb,kau boleh terus je upload melalui camera ni.
Tapi mesti la kena ada wifi.

Camera ni juga ada function remote viewfinder yang mana kau boleh snap guna handphone.
Contohnya kau nak snap gambar family,kalau pakai self timer confirm berlari-lari kan.
Kadang gambar orang yang berlari tu masuk separuh je.
So,dengan ada viewfinder ni kau boleh tengok sama ada semua masuk gambar ke tak.


Agak-agak dah puas hati,just snap guna handphone.
Tapi make sure smartphone kau boleh support apps remote viewfinder.
Tapi setahu aku ios dan android dua-dua pun support.
Sbb aku dah install apps ni kat iphone aku.
Dan pic yang aku jumpa bawah ni pakai samsung.haha

Ni contoh kalau guna remote viewfinder.

Camera ni juga ada banyak function lain.
Contohnya boleh snap gambar yg terus letak frame.
Then ada photo filter,panorama,photo editor dan ada split photo juga.
Dah mcm handphone kan.


Walaupun aku rasa guna kamera film lagi feel dan cantik.
Compact camera pun penting juga untuk snap pic tanpa sempadan.hehe
Maksud aku film paling banyak pun 36keping.

Tapi aku ni memang jenis berjalan,bawa semua jenis camera.
Film pun aku bawa. Digital pun aku bawa.

Okay aku rasa ini sahaja review aku hari ni.
Memang tak feel update blog pakai smartphone.
Haih mana la si yaser ni kan.
Dah habis menaip pun tak sampai lagi 😓



No comments:

Post a Comment

♥ thanks for reading ♥