Memandangkan december dah nak hampir.
Maka bermula lagi misi-misi menyiapkan diri menghadapi winter.
Sekarang dah senang,
pergi je uniqlo.
semua benda ada.
aku ni bukan jenis tahan sejuk.
15degree pun aku tak tahan ni kan nak hadap suhu 2degree.
Jadi aku survey lah di website uniqlo.
banyak nya yang berkenan.
aku suka baju sejuk ni sebab simple.yang lain² tu tebal kemain.
nak pakai sekali je.haha
kalau yang jenis mcm ni,at least boleh pakai pegi genting ke,cameron ke.
kalau beli yang bulu² tu kang,tak tahu bila pula nak pakai lagi.
kang orang cakap aku gila.
heattech knit cap.konon mcm nak tutup telinga.tapi aku tengok macam kepala aku je lagi besar.
tapi comel kan kan kan kan...
Scarves ni aku nak letak di leher.nak kasi panas leher.
actually ada je jual neck warmer.
tapi aku mcm rimas sikit nak pakai benda tu.
benda wajib ada.Gloves.
Nak pula kalau pergi tempat bersalji.
grrr aku pula tak sabar nak main salji ni.hehe
long sleeve high neck ni mmg direka khas untuk tahan sejuk.
bagus barang² uniqlo ni,mereka sediakan baju heattech sempena musim sejuk.
harga pun affordable.
last sekali aku nak beli stokin panjang.
haha.
sebenarnya dah tak perlukan stokin kalau dah beli long john.
Long john ni ialah baju dan seluar ala² legging yang kita kena pakai kat dalam sebelum pakai baju biasa n jeans.
Long john memang diciptakan khas untuk musim sejuk.
tapi aku memilih untuk beli baju heat tech dari uniqlo dan stokin panjang.
bukan apa.
jeans aku pun muat² je aku pakai.
nak pakai legging pulak kat dalam.
mau tak leh masuk jeans aku.
dah nama pun aku gemok kan.
hihi.
okay.
nanti aku sambung lagi.
bye²



No comments:
Post a Comment
♥ thanks for reading ♥