Friday, 15 November 2013

Tokyo : Day 3

Masuk hari ke-3.
Aku ingat nak ke Flea Market dekat Yoyogi Park.
Tapi tak jumpa.
Mungkin hari tu tak ada kot.

Sebelum ke Yoyogi Park.
Aku singgah di harajuku.
Jalan kaki je dari apartment aku stay.
Boleh tahan penat.
Tapi sebab sejuk kan,so takde lah berpeluh.
Cuma kaki yang penat.

Aku rasa aku pergi harajuku paling pening kepala.
Macam² jenis orang ada.
Dengan dressing semua org ala² anime.
Ada yang jenis bercakap dengan patung anjing lah.



 grrr
saiko gila.hahahaha
dekat harijuku ada daiso yang besar gila.
3@4 tingkat kalau tak silap.

lepas jalan² di harujuku terus ke Yoyogi Park tapi sebelum tu kami singgah juga di meiji jinggu.
macam temple tak temple sangat,macam park pun ada.
memang cantik gila.




 then meneruskan perjalanan ke yoyogi park.
fuhh..
power ok!
suasana di park.
tengok family² lepak dengan anak² sambil makan sushi.
ada yang main badminton.
main bola,jalan² sambil bawa anjing.
seronok dapat tengok suasana yang macam ni.
sebab kat malaysia tak ada.
paling best bila tarik nafas dapat bau pokok.
hehe serius rasa fresh gila!


bila dah puas lepak di park,
aku terus ke Shinjuku untuk cari record store di sana.
kat shinjuku semua kau boleh jumpa,record store,kedai buku,H&M besar gila..Uniqlo bersepah.
kat bandar dapat tgk culture orang² jepun ni.
macam mana disiplin nya diorang.
arrghhh best nya kalau dapat tinggal kat jepun!
hehehe.




Kami jumpa disk union walaupun awal² agak sesat juga lah.
padahal dah lalu depan disk union 2-3kali juga lah.
cuma tak nampak signboard.
signboard comel sangat.
memang niat ke tokyo nak beli records banyak².
kat disk union memang banyak gila pilihan.
dari tahun 60an pun ada dan harga mmg gila babi murah kecuali kalau benda tu sangat rare.
dok belek² records,dapat tengok macam mana orang jepun tengok records.
gila laju!sama laju dengan diorang berjalan.
pendek kata semua benda diorang buat mesti laju.
betul² menghargai masa mereka ni.

after pergi ke disk union kami ke koenji minami.
koenji minami ni macam pekan kecil yang sangat cool gila.
memang tenang habis.
tak ramai orang mcm kat shinjuku.
kat situ kami pergi ke record store juga.
Record Shop Base.


kat sini banyak gila band² punk/hardcore/grindcore/thrash and etc.
korang sebut je nak beli vinyl band apa.
semua ada kecuali sold out.hahaha

lepas pergi koenji minami (nama macam yunie minami kan?haha) ,
kami terus gerak ke shibuya.
tengok hachiko! dan juga shibuya crossing.
sekali cross jalan mcm lautan manusia.




ramai gila.memang sangat penat 1 hari berjalan.
dengan sesat lagi.
kami pergi sana survive sendiri.
tak ada orang bawa.semua bergantung pada map dan tanya orang.
itu pengalaman paling best.
boleh rasa susah senang sendiri.
banyak benda yang dapat belajar.
syukur hari ke-3 berjalan dengan lancarnya
:)

p/s : sebenarnya banyak lagi gambar.nanti aku upload di fb sahaja.

No comments:

Post a Comment

♥ thanks for reading ♥