hari ke-2 di tokyo.
sebab hari pertama kami lepak airport je.
so tak ada apa sangat yang kitorang buat.
Dalam jam 6pagi kami siap-siap kat airport terus ke Odaiba.
First thing nak buat ialah melawat Gundam robot.
Boleh tahan pening kepala gak nak beli tiket monorail ni.
sebab ada machine tulis harga sahaja.
kau kena tahu mana kau nak pergi,dan berapa harga tiket train.
kalau dah tahu harga,kau just tekan pada harga tiket.
memang tak ada tulis nama station.
sampai Odaiba,memang excited.
yelah,dapat tengok Gundam.
Dulu tengok dalam tv je.
Tu pun 20tahun lepas.
serius memang excited gila bila tengok robot besar depan mata.
walaupun tak bergerak,terasa macam betul-betul wujud.
serius memang excited gila bila tengok robot besar depan mata.
walaupun tak bergerak,terasa macam betul-betul wujud.
aku sampai odaiba ni awal sangat.
Mall pun tak buka lagi,jadi tak dapat berjalan-jalan tengok mall ni.
Lepas snap gambar dengan Gundam,kami rehat-rehat dekat park kejap.
Then terus gerak ke harajuku,tempat yang kami akan menginap.
Actually Odaiba ni agak jauh sedikit dari Tokyo,kalau nak ke sini kena tukar 2 train.
Dari Odaiba terus kami ke Shibuya District.
Apartment yang kami menginap tu aku pun tak pasti sebenarnya harujuku ke,shibuya ke.
hahaha.
mungkin harajuku ni dok dalam shibuya district kot.
Lagi pun memang dekat gila shibuya,shinjuku dan harajuku.
kalau dari tempat penginapan kami nak ke harujuku,jalan kaki je.
kalau nk ke shibuya,1 station je.
Kalau nak ke Shinjuku pun 1 station je.
sangat strategik lokasi kami.
Station Tokyo Subway pun 1minit je dari apartment kami.
Ni adalah tempat kami menginap.
Namanya Harujuku Ninja Apartment.
Betul-betul rasa mcm ada ninja je memerhati.
haha.mana taknya,jenis nak masuk rumah tolak pintu ke atas.
dengan tangga sempit.tapi memang sempoi sangat.
Lepas check in,aku rehat kejap sebab penat lepak kat aiport.
Petang nya dalam jam 4lebih kami terus ke shinjuku untuk ke lokasi gig.
Pengalaman tengok gig di tokyo memang sangat puas hati.
tapi malangnya aku demam.
tak dapat nak enjoy sangat.
kat tokyo,jam 5ptg pun dah gelap macam 8mlm.
tak banyak sangat aktiviti untuk hari ke2.
just jalan-jalan tengok culture orang-orang japan.
memang sangat puas hati.
lagipun kami masih blur dengan train dan jalan-jalan kat tokyo ni.
sampai sesat pun ada.haha
inilah namanya pengalaman.
sebab tu aku lagi suka berjalan sendiri.
survive sendiri.
aku tak suka jadi tourist yang ikut pakej.
okay.
nanti aku sambung untuk hari ke3 pula.





No comments:
Post a Comment
♥ thanks for reading ♥